Friday, February 3, 2012

Niat tidak menghalalkan cara.


Assalamualaikum w.b.t

Sempena nak menyambut Maulidul Rasul ni, rasa terpanggil untuk menulis entry ni.. Before that, kalau ada yang terasa atau mungkin ada yang cakap, "eleh, ingat ko tuh baik sangat ka?" saya mintak maaf terlebih dahulu, dan tak ada niat pun nak tunjuk baik ka apa2 ka, just nak berkongsi dan nak membetulkan apa yang belum betul and pada masa yang sama sebagai nasihat kepada diri sendiri yang masih banyak kekurangan ini. InsyaAllah..

Ada sepasang kekasih , yang lelaki yang boleh dikatakan baik, yang menjaga sembahyangnya dan amat menitikberatkan soal aurat kekasihnya. Pada suatu hari, kekasihnya itu memakai pakaian yang tidak menutup aurat( berlengan pendek) dan beliau menegurnya dan mencubit kedua2 belah tangannya sebagai peringatan kepada kekasihnya itu. Namun tindakan beliau tidak disukai oleh kakak kekasihnya itu yang mengaggap itu terlalu keterlaluan lalu menyalahkan lelaki tersebut kerana berbuat demikian. Dan yang pastinya menyebelahi adiknya itu. Baiklah, dalam hal ini, siapa yang patut disalahkan?

Okay, before saya bagi ulasan, saya bukan ustazah atau cerdik pandai dalam bidang agama, tapi saya masih tau yang mana betul dan yang mana salah. Dalam hal ini semua salah, lelaki tersebut, perempuan dan juga kakaknya. Kenapa saya cakap begitu? Okay biar saya jelaskan.

Lelaki: Kenapa saya cakap dia salah? kerana dia telah menyentuh seorang yang bukan muhrimnya iaitu kekasihnya. Ingat! Walaupun tujuannya mencubit kekasihnya sebagai peringatan kerana tidak menutup aurat, itu tidak beerti dia betul, dia masih lagi salah kerana menyentuh seorang yang bukan muhrim. 

Kekasihnya: Kesalahannya senang. Tidak menutup aurat.

Kakak: Okay kenapa saya cakap kakak dia turut bersalah? Sedangkan kakaknya tiada kaitan langsung dalam hal ini. Sebagai seorang kakak, jika ternampak adiknya tida menutup aurat, kenapa tidak ditegur, kenapa membiarkan seorang yang bukan muhrim menegurnya. sedangkan beliau kakaknya.

And last sekali kesalahan yang mereka buat ialah, couple. Okay ramai yang akan cakap, kami couple tapi kami bukan buat benda2 tak elok. Ya betul, tapi pastikah anda? Bagaimana anda cukup pasti? Ingat, dalam Al-Quran, Allah berfirman, jauhilah zina dan bukannya jangan berzina.Kenapa Allah mengatakan begitu?? Kerana Allah Maha Mengetahui dan syaitan itu pada bila-bila masa saja akan menggoda manusia dan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan terikut dengan godaan syaitan.

Dan ingatlah, zina itu ada pelbagai aspek, antaranya zina hati. Mungkin kita bercouple, tapi kita tak berjumpa tapi kita ber'message' lalu menimbulkan perasaan rindu. Taukah anda itu adalah zina hati? Maukah kita tergolong dikalangan orang-orang seperti itu? Ingatlah, bila lelaki dan perempuan duduk berduaan, yang ketiga itu adalah syaitan.

Saya bukanlah nak tunjuk baik atau apa-apa. Sebab saya sendiri pernah bercouple. Tapi kerana rasa berdosa dengan Allah dan tau perbuatan itu hanya akan menambah dosa, saya putuskan untuk tidak bercouple. Saya rasa amat bersyukur sebab Allah bukak hati ini untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini. Ingatlah kawan-kawan, belum terlambat untuk kita bertaubat. Allah itu Maha Penyanyang. 

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu-satunya hubungan halal antara lelaki dan perempuan. Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu dari diri ini sendiri.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment