Wednesday, November 3, 2010

Banjir 2010 yang lebih teruk dari banjir 2005

Salam

It has been long time i didn't update my blog..i'm still in exam mood right now..only two paper left before i finished this 7 semester...tapi bukan itu yang nak cita walaupun dua paper yang dah lepas macam hampeh!

Mesti semua orang dah sedia maklum tentang banjir yang berlaku sekarang ni kan??walaupun saya ni dok kat shah alam tapi tetap mengupdate banjir di Perlis. Dah xlarat nak tengok2 gambar dalam blog kawan2, and memang banjir kali ni adalah lebih teruk dari tahun 2005.

Sepanjang saya dok kat perlis, first time rumah kena banjir adalah time tahun 2005. Time tuh baru ja balik dari interview kat UTP.Nasib baik balik awal, kalau tak memang xsempat nak selamatkan apa-apa langsung. Banjir memang teruk, rumah saya memang tenggelam. Kalau dok dalam rumah takat lutut, kalau kluar rumah takat paha..

Tapi rupanya, itu bukanlah yang terburuk. Tahun ni merupakan yang terburuk, namun kami bernasib baik sebabnya dah pindah rumah baru kat Padang Pauh. Tapi tuh pun naek air, nasib baek umah tinggi, so xmasuk umah cuma kat luar ja la yang banjir. Tapi dari gambar2 yang saya tengok, memang banjir kali ni teruk..

Paling teruk terjejas bandar Kangar...Sebabnya, empangan tasuh telah dibuka kerana melepasi tahap bahaya...nasib xpecah, kalau pecah, memang satu perlis banjir la jawabnya. Sekolah lama, sek derma pun tenggelam, kiranya library, the store, bank and tempat kerja ayah saya semuanya dinaiki air..

I have some videos that are taken by my brother.



Empangan Timah Tasoh yang telah dibuka sebab dah sampai tahap bahaya.




Dekat depan pejabat ayah saya jua berdekatan dengan sekolah derma, library,cimb ngan the store.





Ni pulak gambar kat masjid raja, dekat dengan telekom and jalan besar nak balik rumah saya.




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment