Monday, October 18, 2010

Semoga jalan yang aku pilih ini, jalan yang kau redhai.

Salam

Dah pukul 1 pagi, tapi rasa macam nak menulis.Tiba-tiba rasa nak ubah 'sesuatu' dalam blog ni. Ya, perubahan tu amat penting dalam hidup kita sebagai manusia dan juga sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kadang2 perubahan tuh kecik, tapi tetap jugak perubahan. semoga perubahan yang cuba kita lakukan itu adalah perubahan ke arah kebaikan. Panjang pulak tulis...Sebenarnya nak tukar kata ganti diri 'aku' kepada 'saya'. Since my blog is also using 'saya' sebagai kata ganti diri..

***********************

Pernah tak kamu semua terpikir sesuatu yang macam ni :

"Betul ka apa yang aku pilih ni?"

Saya tau, mesti ramai yang pernah terpikirkan hal tersebut. Begitulah juga dengan diri ni sendiri. Setelah 7 semester bergelar pelajar kejuruteraan elektrik, tiba-tiba terpikir "eh!betul ka apa yang aku amik ni??" Bila terpikir ja macam tuh, terus rasa takut, sebabnya takut apa yang selama ni kita kejarkan, bukanlah sebenarnya apa yang kita nak.

Saya sendiri tak pasti dengan apa yang saya nak. Time sekolah dulu, tak pernah langsung terpikir suatu hari akan belajar engineering. Tapi itulah yang telah saya lakukan selama 3 tahun setangah saya disini. Dan saya rasa cukup bertuah kerana selama 7 sem disini, saya berjaya mendapat anugerah dekan pada setiap semester.

Tapi itu bukanlah kayu pengukur sama ada saya betul2 telah memilih jalan yang betul. Tapi bila saya pikirkan balik, saya ingat lagi, sebelum saya apply untuk program engineering, saya dah buat solat istikharah, dan saya percaya Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk hambanya. Saya percaya!!

So, now i believe that i'm in the right path. Maybe the stressful environment forced me to think in a such way.

"Ya Allah, semoga jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang kau redhai di dunia dan akhirat. Semoga ianya membawa kebaikan kepadaku dan juga orang lain."


Wasalam



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment