Thursday, April 22, 2010

Bila ada yang makan gaji buta, orang lain yang menjadi mangsa

Salam.

Lama rasanya tak update blog aku ni..huhuhu..sorry la..sebab aku sekarang ni tengah busy struggle dengan final exam yg dah xlama lagi...lagi 5 hari...sungguh menakutkan bila pikir balik exam yg akan menjelang tiba.

Tapi bukan la aku nak tulis pasal exam aku tuh ari ni. So, tertanya2 tak dengan tajuk entri aku ni??Apa???tak???ok, xkisah. Sebelum aku start tulis pasal tajuk entri aku ni, biar la aku memaklumkan, aku bukan menuduh sesiapa dalam entri yg bakal aku tulis ni. Tapi semuanya datang dari apa yg aku lihat.

Hari ni macam biasa la, aku bangun kul 9, having breakfast, then start study..semuanya berjalan lancar, and xda masalah. Tapi masalah muncul bila dah sampai tengah hari. Salah seorang housmate aku bukak facebook and ada seorang telah memaklumkan bahawa taklimat praktikal akan diadakan pada 6 Mei 2010 jam 9.15 pagi.

Ok.So, aku nak start cita aku. Kenapa taklimat tu dibuat pada 6 Mei? Kenapa tak awal lagi? Kenapa time exam? and kenapa time orang dah beli tiket nak balik, baru inform nak buat? Sebab 'maybe' ada orang yg xbuat kerja dan hanya makan gaji buta.

Entri aku sebelum ni ada aku maklumkan macam mana susahnya aku nak berurusan dengan pihak fakulti untuk proses permohonan praktikal aku ni. Aku pelik, kenapa fakulti lain bley buat taklimat tuh sebelum exam? Sebelum apply praktikal?

Tapi fakulti aku???Time kitorang sibuk nak exam diorang pun sibuk nak buat taklimat. Sedangkan sebelum ni masa banyak, xnak pulak buat. Masalah sekarang bukan la sebab dia buat time exam. Masa yg ditetapkan tuh dah bertindih dengan masa aku nak balik perlis. Aku balik 5 Mei so memang confirm la aku xleh pergi.

So, kenapa yg aku nak pergi sangat taklimat tuh?? Bukan la aku ni nak jadi budak baik nak hadiri semua taklimat yg diadakan oleh fakulti. Taklimat ni penting, sebab aku nak ambik buku log, kalo tak apa guna la aku praktikal. Buang masa ja la kan?

So, my housmate decide untuk call koordinator pratikal.. sayangnya, dia xdapat nak menolong sebab tarikh tuh dah ditetapkan oleh pihak pejabat fakulti...So sekarang dah tau la kerja sapa..Aku pelik, sebelum ni dah ramai yg pergi tanya bila nak ada taklimat, time tu, before exam lagi..aku ulang BEFORE EXAM. Last 2 days kawan aku pergi tanya lagi, and jawapan dia seperti yg sekarang la.

So, nampak tak? Sapa yg menyusahkan sapa disebabkan ada yg makan gaji buta? Punya la banyak masa sebelum ni xnak buat..aishhh..geram aku..!!!!

Sekarang terpaksa la aku tukar tiket aku. Nasib baik la aku bley tukar, sebab ada yg xleh tukar, burn la jawabnya tiket tu. Kalo pihak fakulti nak bayar, xpa la jugak.Ini tak!!! Yang lebih kesian, ada yg praktikal kat sini dan nak balik kampung 5 Mei ni sebab 10 Mei dah nak kena datang balik terpaksa jugak tukar tiket.

Kalo ada tiket lagi xpa la, kalo xda macam mana? Xbalik la jawabnya..sedih betol..semua ni disebabkan ada yg makan gaji buta!!!!dah la tu, siap ugut lagi kalau xdatang nanti xdapat A..boleh pulak cakap macam tu???sedangkan diorang yg xbuat kerja, kami yg jadi mangsa!

wasalam

No comments:

Post a Comment