Apa ka benda la Nigella Sativa ni agaknya..mesti ramai yg tertanya2..Sebenarnya itu hanya lah nama saintifik untuk jintan hitam atau juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda'.
Mungkin ramai yg dah tau pasal Habbatus Sauda ni.Tapi buat yg xberapa nak tau tu bacalah entri aku ni..hehehehe..
Nigella Sativa atau jugak dikenali dengan nama Habatus Sauda' adalah sejenis tumbuhan biseksual.Maksudnya tumbuhan ni mampu membiakkan dirinya sendiri untuk menjadi buah yang mengandungi biji.Bila buah ni dah matang, ia akan terbuka dan mengudara dan akan berubah menjadi hitam.Sebab itu la ada juga yg memanggilnya Biji Hitam (Black Seed) .Dibeberapa negara dikenal dengan nama yang berbeza antaranya :-
Indonesia : Jintan Hitam
Mesir : Habat Et Baraka
Perancis : Nigelle
Amerika : Black Cumin / Black Seed
Tapi betul ka Habbatus Sauda' ni dapat menyembuhkan segala jenis penyakit???
Sebenarnya, terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden yg telah dibuat untuk mengetahui sejauh manakah kebenaran kenyataan diatas..Didalam Kitab At Tibbun Nabawi (pengubatan cara nabi yg ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah) ada menyebut bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.
The Journal of American Scientist lak ada melaporkan bahawa Habbatus Sauda' bermanfaat utk bnyak penyakit sebab tumbuhan ini mengandungi anthistamin(pencegah alahan), antioksida(pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) danbanho-dilating effect (pengembang) saluran penafasan.
Menurut penulis buku "Planetary Herbalogy", Dr Michael Tierra, beliau mendapati Habbatus Sauda' mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yg berkesan.
Terdapat sebanyak 14 hadis sahih yg menceritakan kebaikan Habbatus Sauda' itu sendiri..Antaranya:-
Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.
“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. "Saya bertanya: "Apakah as-sam itu ?" Baginda menjawab: 'As-sam iaitu maut !" ( Riwayat Bukhari )
"Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : 'Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam."
Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban Habbatus Sauda' dan menyarankan kita menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikanHabbatus Sauda'.
Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa Habbatus Sauda' adalah penawar segala penyakit kecuali mati.
No comments:
Post a Comment