Akhir2 ni aku agak busy dengan kelas, test and assigment..test aku ada lagi 4..memang xlarat nak study..tambah lagi dengan assigment dan project 'berkumpulan' aku..aku agak kalut sekarang, sebab banyak benda yg harus disiapkan dalam masa yg terdekat ni..bunyi macam aku tangguh kerja aku..tapi bukan la macam tu sebenarnya..kerja tu jadi bertangguh maybe sebab berkumpulan..tapi hari ni bukan la aku nak cita pasal kerja 'berkumpulan' aku tuh..kalo ada masa aku tulis la entri baru nanti..
Hari ni aku nak cita tentang movie yg aku tengok..movie ni sebenarnya tahun lepas punya..tapi aku baru ja tengok minggu lepas. Nama movie ni Hachiko:A dog's story.
Aku memang suka binatang terutamanya kucing..Anjing pun aku suka cuma tak boleh nak bela ja..(kalo bley dah lama aku bela)..so, daripada movie ni, apa yg boleh aku katakan, cita dia memang menyedihkan.Tambahan plak cerita ni berdasarkan kisah benar yg penah belaku di Jepun.
Biar aku cita ckit perjalanan cerita ni..cerita ni sebenarnya adaptasi dari movie jepun Hachiko Monogatari. Ianya mengisahkan seekor anjing bernama Hachiko yang sungguh setia menemani tuannya ke stesen kereta api setiap pagi utk menghantar tuannya ke tempat kerja. Anjing ini juga akan menunggu kat stesen kereta api berapa minit sebelum tuannya pulang bekerja.
Klimaks cerita ini berlaku bila suatu hari tuannya itu meninggal dunia ditempat kerjanya. Kerana kesetiaannya, Hachiko kembali ke tempat yg sama dia menunggu tuannya pada setiap hari sehingga 9 tahun selepas itu.
Daripada cerita ni banyak pengajaran yg boleh kita dapat hanya daripada seekor anjing.Kita gak dapat lihat macam mana kasih sayang seekor anjing kepada tuannya dan kesetiannya..even manusia pun xda yg setia macam tuh sekali.
Disebabkan kisah Hachiko ini, sebuah replika patung gangsa Hachiko yg sedang menunggu tuannya telah dibina diluar Stesen Kereta Api Shibuya untuk memperingati kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap tuannya..
so, apa yg bley aku cakap try la tengok..cerita dia memang best!! =)
No comments:
Post a Comment