Wednesday, March 31, 2010

Semester 6

Salam,

As everyone know, I'm now in part 6.It's just like a second, and now there are 2 more semester left before I graduate with degree in my hand.insyaallah

But seriously this semester is really tough for me(every semester i thought so)...i started this semester with many problems.

First.I've problem with my registration..before this i never had any problems connected to my registration but this sem the registration makes my life up side down.With limited number of classes, i've to choose a right group so that my time table will not clash with other subjects.Seriously, my time table is worst.I've to join repeaters class b'coz all the class that provided by faculty have full.Another thing, my class start at 6 pm and end at 10 pm..The worst part, before 6 pm i've another class at 4 and in the morning..*sigh*

Second.I've a problem with my industrial training..My acceptance to the industrial training is kind of late b'coz of the company problem..One of the companies that i've applied for ,have rejected me..It kind of frustrating b'coz i really want it so bad..The reason that they give to me, they don't accept electrical engineering student.At first place i applied, they said they accept electrical engineering student, but after a month of waiting, i got nothing.

It kind of miserable.I've to waited for other company to accept me..Luckily they accept me to do the LI at their company.

Third.My test...arghh!!!This semester i've taken 6 subject but only 4 paper for final exam.Even it's only 4 paper, the test is really close with one another.I don't have any weekend cause a lot of my test during the weekend.It kind of tired..Now there are 4 more test to go before my final exam.

Forth.My final exam schedule..3 paper straight in 3 days without any gaps at all.It's really stressful.With One of the subject is the killer subject for this semester.I've asked our head of program about this matter.Sadly, she cant do anything b'coz the schedule is definitive. But i've made a complain through MPP and they will fight about this matter.

Fifth.Again..Resgistration.One more time i've to struggle for classes and elective subject.I'm kind of late, but alhamdulillah it's now setteled.

And now i want to study =).Ihope for the best for this semester.Insyaallah..

wasalam

Monday, March 29, 2010

At last!

Macam biasa..ari ni aku akan buat rutin harian aku..pergi ke fac untuk tgk surat practikal aku..so macam yg sedia maklum, proses permohonan praktikal aku ni memang ada banyak masalah.

Tapi hari ni alhamdulillah..Aku pergi sedikit awal ke fakulti hari ni..Macam biasa destinasi pertama yg aku tuju adalah pejabat fakulti..and macam biasa aku akan pergi menyelak kertas2 jawapan pemohonan praktikal..

Kertasnya agak tebal sebab ramai yg dah dapat tapi xdatang mai amik..xmacam aku yg setiap hari ulang- alik ke pejabat fakulti nak tgk surat aku..

So aku pun selak2 la kertas tu satu persatu..hurm..xda nama aku..tapi aku terus menyelak sampai la kertas 2 terakhir dan terpampang la di surat tu

Saudari Nur Atiqah Binti Abdul Rahman

Alhamdulillah..lega..dapat jugak surat..so sekarang dah sah la aku dah dapat tempat praktikal..even this place is not my first choice aku terima ja la..sebab aku malas nak mintak tempat lain. Tambahan pula Perlis bukan la banyak sangat company.

Nak mintak kat negeri laen..hurm..malas pulak rasanya...banyak nak kena pikir..nak duduk kat mana, nak pegi naek apa..kalo dok rumah sewa, kena pikir nak bayar duet rumah sewa lagi..dah la rumah sewa aku sekarang pun aku kena bayar even time semester break..

So, biar la aku praktikal dekat ngan rumah aku ja..at least ada orang antar, ada tempat tinggal..hehehhe..even xdapat elaun (tapi nanti aku nak claim kat jpa..hahahha)

Sekarang cuma tunggu nak daftarkan diri ja.Aku kena daftar 10 mei ni..and aku punya praktikal dijangka habis pada 4 julai..so, semester ni memang aku xda semester break la jawabnya..=(



ok dah..nak makan..salam.

Sunday, March 28, 2010

Penawar segala penyakit - Nigella Sativa

Apa ka benda la Nigella Sativa ni agaknya..mesti ramai yg tertanya2..Sebenarnya itu hanya lah nama saintifik untuk jintan hitam atau juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda'.

Mungkin ramai yg dah tau pasal Habbatus Sauda ni.Tapi buat yg xberapa nak tau tu bacalah entri aku ni..hehehehe..

Nigella Sativa atau jugak dikenali dengan nama Habatus Sauda' adalah sejenis tumbuhan biseksual.Maksudnya tumbuhan ni mampu membiakkan dirinya sendiri untuk menjadi buah yang mengandungi biji.Bila buah ni dah matang, ia akan terbuka dan mengudara dan akan berubah menjadi hitam.Sebab itu la ada juga yg memanggilnya Biji Hitam (Black Seed) .Dibeberapa negara dikenal dengan nama yang berbeza antaranya :-

Indonesia : Jintan Hitam
Mesir : Habat Et Baraka
Perancis : Nigelle
Amerika : Black Cumin / Black Seed

Tapi betul ka Habbatus Sauda' ni dapat menyembuhkan segala jenis penyakit???

Sebenarnya, terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden yg telah dibuat untuk mengetahui sejauh manakah kebenaran kenyataan diatas..Didalam Kitab At Tibbun Nabawi (pengubatan cara nabi yg ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah) ada menyebut bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.

The Journal of American Scientist lak ada melaporkan bahawa Habbatus Sauda' bermanfaat utk bnyak penyakit sebab tumbuhan ini mengandungi anthistamin(pencegah alahan), antioksida(pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) danbanho-dilating effect (pengembang) saluran penafasan.

Menurut penulis buku "Planetary Herbalogy", Dr Michael Tierra, beliau mendapati Habbatus Sauda' mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yg berkesan.

Terdapat sebanyak 14 hadis sahih yg menceritakan kebaikan Habbatus Sauda' itu sendiri..Antaranya:-

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.
“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. "Saya bertanya: "Apakah as-sam itu ?" Baginda menjawab: 'As-sam iaitu maut !" ( Riwayat Bukhari )

"Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : 'Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam."

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban Habbatus Sauda' dan menyarankan kita menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikanHabbatus Sauda'.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa Habbatus Sauda' adalah penawar segala penyakit kecuali mati.

Saturday, March 27, 2010

Kesetiaan seekor anjing bernama Hachiko

Akhir2 ni aku agak busy dengan kelas, test and assigment..test aku ada lagi 4..memang xlarat nak study..tambah lagi dengan assigment dan project 'berkumpulan' aku..aku agak kalut sekarang, sebab banyak benda yg harus disiapkan dalam masa yg terdekat ni..bunyi macam aku tangguh kerja aku..tapi bukan la macam tu sebenarnya..kerja tu jadi bertangguh maybe sebab berkumpulan..tapi hari ni bukan la aku nak cita pasal kerja 'berkumpulan' aku tuh..kalo ada masa aku tulis la entri baru nanti..


Hari ni aku nak cita tentang movie yg aku tengok..movie ni sebenarnya tahun lepas punya..tapi aku baru ja tengok minggu lepas. Nama movie ni Hachiko:A dog's story.



Aku memang suka binatang terutamanya kucing..Anjing pun aku suka cuma tak boleh nak bela ja..(kalo bley dah lama aku bela)..so, daripada movie ni, apa yg boleh aku katakan, cita dia memang menyedihkan.Tambahan plak cerita ni berdasarkan kisah benar yg penah belaku di Jepun.

Biar aku cita ckit perjalanan cerita ni..cerita ni sebenarnya adaptasi dari movie jepun Hachiko Monogatari. Ianya mengisahkan seekor anjing bernama Hachiko yang sungguh setia menemani tuannya ke stesen kereta api setiap pagi utk menghantar tuannya ke tempat kerja. Anjing ini juga akan menunggu kat stesen kereta api berapa minit sebelum tuannya pulang bekerja.



Klimaks cerita ini berlaku bila suatu hari tuannya itu meninggal dunia ditempat kerjanya. Kerana kesetiaannya, Hachiko kembali ke tempat yg sama dia menunggu tuannya pada setiap hari sehingga 9 tahun selepas itu.

Daripada cerita ni banyak pengajaran yg boleh kita dapat hanya daripada seekor anjing.Kita gak dapat lihat macam mana kasih sayang seekor anjing kepada tuannya dan kesetiannya..even manusia pun xda yg setia macam tuh sekali.

Disebabkan kisah Hachiko ini, sebuah replika patung gangsa Hachiko yg sedang menunggu tuannya telah dibina diluar Stesen Kereta Api Shibuya untuk memperingati kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap tuannya..

so, apa yg bley aku cakap try la tengok..cerita dia memang best!! =)

Friday, March 26, 2010

Emas putih dah platinum.Sama ka???

Macam pelik ja bunyi tajuk entri aku ari ni..tiba2 ja cita pasal emas putih ngan platinum..sbnarnya tadi tgh hari aku ada tengok al-Kuliyah and ada la cita pasal perhiasan..so tiba2 ja aku teringat ada sorang kawan aku penah tanya pasal emas putih ngan platinum..sama ka??

aku pun sebenarnya xberapa sure even aku sendiri pakai emas putih..sebenarnya ada dua statement yg dikaitkan dengan emas putih dan platinum..

1. Emas putih ngan platinum adalah sama

so, daripada statement ni ada la yg beranggapan lelaki boleh memakai emas putih sebab ianya sama ja ngan platinum..tapi ada lak yg beranggapan(mula2 aku pun pikir macam ni) lelaki xbley pakai platinum sebab ianya sama ngan emas putih..maksudnya sama la macam lelaki tuh pakai emas kuning.

2. Emas putih ngan platinum berbeza

so, dari statement ni jelas and nyata emas putih tidak boleh dipakai lelaki dan platinum saja yg deibenarkan..

antara 2 statement ni, mana satu yg betul agaknya..so, aku pun surf la tenet nak tau yg mana satu yg betul..so jawapannya...

Statement no 2 :Emas putih ngan platinum berbeza

Seperti yg kita tau, hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadis, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

so, macam mana plak ngan jam tangan emas, pen emas dan jugak gigi emas yg banyak dipakai oleh orang2 kaya sekarang?hukumnya tetap haram..

kalau emas putih macam mana plak?sama ka dgn emas kuning?

So ari ni kita belajar kimia ckit..kat sini ada aku cari maksud emas itu sendiri:

Emas adalah unsur kimiadalam tabel periodik yang memiliki simbol Au(bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi(trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang olehklorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emasatau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satulogam coinage.Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

so, sekarang kita dah tau apa itu emas..maksudnya kalo emas putih pun adalah dari jenis sama logammnya, hukumnya adalah sama dgn emas kuning..which is HARAM..

ini pulak definisi emas putih or also know as White gold:

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy ofgold and at least one white metal, such as silver orpalladium. Like yellow gold, white gold is measured inKarats."

so, dari keterangan diatas, telah terang lagi bersuluh(kalo xterang lagi, guna torchlight)emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Apa itu Platinum??

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimiadalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dannomor atom 78. Sebuahlogam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dancopper. Platinum digunakan dalamperhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, emas putih bukanlah platinum seperti yg didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum danharam baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

So, buat sapa2 yg nak kawen tu, nak pilih cincin pastikan kita tau hukumnya dulu..Nanti xda la nak buat benda baik terjadi pulak yg sebaliknya..=)

Wednesday, March 24, 2010

Jadual exam

argh!!!tensionya...punya best aku xda kelas ari ni..tetiba kawan aku balik gtau pasal jadual exam final..

berdebar2 gak...huhuhu...jadual aku memang xbest...langsung xbest..

27/4/2010 - EPO 542 (Power System 1)
28/4/2010 - ESE 451 (Control System 2)
29/4/2010 - ELE 531(Advance Electronic)---->killer subject(70% failed sem lepas)
5/5/2010 - EPO 541 (Electrical Machine)

harap2 ni draft ja..tapi selalu draft sama ja ngan yg final...huhuhu..:-(

Saturday, March 20, 2010

1st Trial

hari ni aku xtau nak wat apa(w'pun sbnarnya ada banyak nak kena wat)..so aku habiskan masa aku dgn meng'edit' gambar...

aku guna lightroom (Adobe Photoshop Lightroom 2.6)..what can i say, it's more easier than other software..sebab we just play with the colour..so, ni antara gambar yg telah aku edit..maybe not good enough coz this is my 1st trial using it =)































Thursday, March 18, 2010

Bercuti ke Kg Penyabung,Endau Part II

Nak sambung cita aku la ri ni..tapi kena tulis cepat2 sebab tutor machine xsiap lagi...(dah tau xsiap awat yg gatai tgn tu nak tulis entry baru???adoi!!)----->abaikan
kat mana tah cita aku ari tu(biasa la hilang ingatan kejap)...okeh!!!(kuar mentol kat kepala jap, sebb dah ingat..hahaha)


so, pagi tuh kitorang pun pergi la melawat(keterujaan tgk pantai) pantai..tangkap la gambar ckit(eh,ckit ka??awat terasa macam banyak ja??)ni gambar2 yg sempat aku snap guna camera dslr(nak menayang la kononnya)------>it's not mine actually...hahaha(afiq punya)


sapa paling ayu???mari kita teka!!!

biasa la...diorang xpenah tgk pantai..xmacam aku..cool ja..hahahhaa

mari kita wat assingment!!!

no description

sarapan pagi


then kitorang siap2 nak pi umah pengantin(umah nani---->tapi bukan nani yg kawen tau!!!)..dalam kul 11 macam tuh kitorang pun sampai..tyme tuh xramai orang lagi..ye la baru kul 11..tapi perut sudah lapar, so apa lagi..mari kita serangggggg!!!!


pergh!!!memang sedap la nasi minyak yg kitorang makan..ye la orang kampung yg masak..dah abis makan, kitorang masih lagi menunggu pengantin lelaki..so apa lagi...sempat la snap 'beberapa' keping gambar...

kitorang pantang tengok kamera..

semuanya control ayuuuuuu...hahahhaa

like this picture(sebab pegang dslr..hahaha)

ni pengantin pun belum rasmi...diorang rasmi dulu (-___-)"

sudah kenyang (^___^)

fazira yg sabar menunggu pengantin

anis yg dah xsabar nak melelapkan mata

fazira dan ama ingin mengikut jejak langkah anis

pergh!!!!ayu siottt!!!(jawapan utk soalan diatas)

ifa yg dah xtahan tunggu pengantin

akhirnya...aku tumbang dulu..hahahhaha

nampaknya anis mengikuti...

bersama2 pengantin perempuan


dalam kul 2 lebey,pengantin pun datang..penat kot tunggu..sempat la kitorang jadi tol gate girl kejap(pisau cukur..hahahaha)..aku yg tengah snap gambar pun, sempat menghulur tangan nak amik dwet(memang mata duitan la ko atiq!!!)..so ni antara gambar2 yg sempat(terlebih sempat kot)aku snap..

geng2 tol gate girl

pengantin lelaki

first tyme jadi tol gate girl(gelabah)

ifa:"weh2,nak wat apa ni??"
fazira:"urm...."





part III will coming soon....
------>mari buat tutor machine