Sunday, November 10, 2013

Sabah: Part 1

Assalamualaikum..

So, cerita pegi Miri dah pun habis. Even pegi Miri macam tak best ja, tapi sebenarnya Miri ni best. Tapi untuk orang-orang yang aktif la kan. Sebabnya, Miri ni ada banyak National Park yang mana kita bley pegi hiking. Tapi kena ada stamina la. Well maybe one day I'll visit Miri once again.

So, selepas trip ke Miri, my twin(afiq) ajak la pegi Sabah. Okay sapa tak nak pegi Sabah kan. So aku pun apa lagi, beli la tiket air asia return flight. Kitorang beli time promo so dapat harga agak best jugak la. 


Since Sabah ni besar (gambar google), so xbley la nak pegi semua tempat. So kitorang decide beli tiket pegi Kota Kinabalu ja. Ada banyak tempat yang best2 kat KK ni. 



Total return tiket sebenarnya cuma RM 178.00 ja. Tapi disebabkan aku beli tiket skybus (return) and ambik hot seat, so total jadi la RM 253.40. Okay,maybe ada yang pelik kenapa nak amik hot seat kan. ?Macam rugi ja kan..hahahha...sebab dulu aku rasa kalau xamik hot seat tempat duduk sangat kecik tapi sebenarnya aku rasa xda beza mana sangat pun. So lepas tuh memang dah xamik hot seat. Baru tau rugi..tapi kalau ada duit lebih, it is an option. Tapi utk yang have tight budget, xpayah la amik. Serius rugi.

So kitorang( aku n afiq) decide pegi Sabah on 10 May sampai 12 May ja sebenarnya. Tapi time nak beli tiket balik, promo dah habis untk 12 May, so terpaksa la amik 13 May. Flight pagi2 buta..hahahaha..So trip ni sekejap ja, dari hari jumaat sampai la ahad. Isnin xkira sebab dah balik.

Kitorang tak book hotel sebab kawan afiq, Nad keja kat Sabah, so save duit dekat accommodation and transport.

10 May 2013 (Jumaat)

So, flight aku hari tuh petang pukul 5.10pm. So, disebabkan aku malas nak tunggu kat airport lama2, aku pun decide nak kluar lewat skit dari rumah. Well I made a wrong decision that time. Aku pun lupa pukul brapa aku kluar dari rumah, tapi yang aku ingat time aku sampai KTM padang jawa tren dah sampai and of course la aku terlepas tren tuh.

Disebabkan aku terlepas tren tuh, so aku kena tunggu setengah jam before next tren. Time tuh relax lagi. Pastu bila buat kira2, baru aku perasan aku takkan sempat sampai airport on time. Time tuh mmg dah gelabah bagai dah. Sebab kalau dah naik tren dekat 45 minit sampai KL Sentral. Then naik sky bus pulak around 1 jam 15 minit. Mmg tak sempat.

So, aku pun call kawan aku mintak tolong hantar pegi LCCT. Sekali kawan aku ni ada keja and aku sms afiq bagitau condition aku time tuh. Dia pun cakap, kalau pukul 3 ptg kawan aku tuh tak sampai jugak, ambik teksi. Memandangkan kawan aku ada keja, aku pun terpaksa la ambik teksi. Melayang RM 80. So, moral of the story, datang la awal. Biar la melangut kat airport berjam2 dari kena tinggal flight. Perjalanan dari KTM padang jawa ke LCCT lebih kurang 45 minit - 1 jam. Mmg burn trus tiket sky bus aku. huhuhuhu..

Sampai2 LCCT mmg orang dah beratur utk board dah. Mmg macam amazing race la aku. Tapi nasib baik tak miss flight.. fuhhhh..

So, around pukul 7.40pm aku sampai kat Kota Kinabalu Airport Terminal 2. KK ada 2 terminal, terminal 1 and terminal 2. Terminal 2 ni selalunya untuk low cost carrier macam Air Asia, and Terminal 1 plak utk MAS and international flight. Time aku sampai tuh, afiq dah pun sampai kat KK.

So, since dah sampai malam, mmg xda buat apa just pegi makan ja kat Todak Waterfront. Todak waterfront ni dekat dengan Philippine market which famous with pearls. Tapi kitorang tak singgah pun sebab ada banyak hari lagi.

Aku mmg suggest makan kat sini, sebab kat sini ada variety of seafood. harga pun tak da la mahal sangat and tak da la murah sangat but reasonable la kan.  

Gambar google

Yes, mmg ada todak besar kat situ. Tapi dah dua kali aku pegi KK, sekali pun xpenah pegi tangkap gamabr kat situ. So, kalo korang pegi KK jangan lupa tangkap gambaar kat sini..hahahhaa

So, tuh ja la cerita for the first day. Next day kitorang pegi Kundasang and Nabalu Park. Yang ni tunggu next entry okay..

By the way, dulu time kecik aku mmg duduk KK dekat setahun gak la sebab parent aku keja sini. Tapi lepas 18 tahun, KK mmg dah different, tak macam dulu dah. 

Until next entry,

Byee....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment