Saturday, September 18, 2010

Berjalan sakan



Salam

Tak sangka cuti seminggu dah nak abis. esok dah kena balik ke shah alam. tak best, bila ingat nak kena balik shah alam. sudah pasti banyak benda nak kena buat, ditambahkan lagi dengan fyp..bila fikir pasal fyp, rasa malas nak balik.tapi macam mana pun tetap kena balik.

So, macam mana raya korang semua? Best?? bagi aku, ni la raya yang paling best pernah aku alami. Dari start raya sampai la nak abis cuti aku ni, asyik berjalan ja. So, biar la aku buat summary pasal cuti aku ni.

Selasa : 7/9/2010

Aku bertolak dari shah alam ke kangar dalam pukul 9.30 malam

Rabu: 8/9/2010

Sampai di Kangar. tolong2 mak aku kemas rumah. tak da buat apa sangat.

Khamis : 9/9/2010

Buat persiapan untuk pulang ke Baling Kedah. Buat ketupat, rendang ngan kuah kacang. Then after isyak, bertolak ke Baling, Kedah.

Jumaat: 10/9/2010

Hari raya pertama. Lepas semayang raya and kumpul duit raya(tak da la dapat banyak mana pun. dah besar kan..hahhahaha) terus bertolak ke Gerik, Perak. Pergi melawat makcik aku yang sakit. Kat sana, kitorang jumpa sepupu2 yang dah lama tak jumpa. And agak meriah jugak la. Kitorang xlama kat situ, then terus bertolak ke Tapah(Rumah tok belah ayah aku)

Lebih kurang pukul 10 malam, sampai la kat Tapah. Sampai2 ja, dapat tau sepupu aku, Hadi dapat anak lelaki pada hari raya pertama tuh and diberi nama Mohd Fitri Aziz. Lepas sembang2, makan malam terus ke Bidor, rumah mak lang aku. Kitorang tido kat situ.

Sabtu: 11/9/2010

Kitorang bertolak ke Banting and sampai dalam pukul 4-5 petang. Kat sana kitorang pergi melawat pak su aku yang sakit. kitorang tak duduk lama, sebab kena bertolak ke Kedah, sebab esoknya ada majlis akad nikah sepupu aku. So, petang tuh juga kitorang balik dari Banting ke Kedah.

Ahad: 12/9/2010

Akad nikah sepupu aku berlangsung selepas solat isyak. For more pictures you can visit : http://pleasedtobehonourable.blogspot.com/

Isnin: 13/9/2010

Kenduri sepupu aku. For more pictures, visit http://pleasedtobehonourable.blogspot.com/

Selasa: 14/9/2010

Bertolak pulang ke perlis. Berada di perlis sampai hari rabu.

Khamis: 16/9/2010

Bertolak ke Paka, terengganu. Sampai di Paka jam 1.00 pagi.

Jumaat: 17/9/2010

Pergi ke Kuala Terengganu, rumah kawan ayah aku, then patah balik ke Paka makan kenduri kat rumah pihak lelaki. Dalam pukul 4 ptg bertolak ke Kuantan. Bermalam di kuantan, rumah pak long aku.

Sabtu: 18/9/2010

Bertolak ke perlis.Kami ikot jalan genting sempah, so lalu la kat jalan Genting highlands. then berenti kat kuala kangsar, and then berenti makan mee udang kat Kuala Sepetang. Then terus balik ke Perlis. Dalam kul 10 sampai la kat perlis.


*******************************

Memang letih, tapi best gila! esok maybe nak pergi penang plak nak antar adik aku balik USM. and ayah aku ajak pi mandi laut..tapi malam tuh dah nak kena bertolak balik ke Shah alam..tak bestnya.

Oh! puasa enam belum buat lagi.insyaallah balik ke Shah alam nak buat. Mudah-mudahan semangat puasa tuh masih ada.amin..

Wasalam

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment