Monday, May 31, 2010

You should watch it!

Salam...


Beberapa hari yang lepas, ada la aku tertengok satu movie ni kat Youtube...Tajuk film ni "The Love of Siam".First time aku tengok, agak boring sebab ingat cita budak2..tapi bila dah sampai pertengahan cerita, aku dapati cerita ni cukup...bagi aku cerita ni sungguh menyentuh hati...and i suggest you all to watch this film..tapi satu ja pesanan aku, bila tengok cerita ni, tengok dengan pemikiran yang terbuka =)



Film ni mengisahkan persahabatan dua kanak2 lelaki di negara Thailand yang rapat iaitu Tong dan Mew. Sekembalinya Tong dari percutiannya bersama keluarga ke Chiangmai, telah meghadiahkan Mew sebuah patung badut kayu yang mempunyai bahagian badan yang boleh diasingkan. Untuk menyampaikan hadiah tersebut, Tong telah membuat satu permainan ala2 treasure hunt, dimana Mew terpaksa mencari bahagian2 patung itu di beberapa tempat berdasarkan klu yang ditemui disetiap check point hinggalah ke satu bahagian paling akhir iaitu hidung patung dimana Tong menyembunyikan ia pada sebatang pokok. Namun setibanya di pokok tersebut, mereka dapati pokok itu sedang ditebang dan mereka gagal menemui hidung patung tersebut.

Tang, kakak Tong mulanya pulang lewat dari Chiangmai kena inging mengikut kawan2nya jungle tracking, namun akhirnya didapati hilang di hutan dan gagal ditemui. Akibat terlalu sedih bapa Tong tidak dapat mengawal perasaan dan menjadi 'alcoholic'. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, Mew kehilangan kawan baiknya dan hidup bersama2 neneknya. Namun akhinya neneknya meninggal dunia, dan Mew tinggal bersendirian.

Setelah meningkat remaja, Tong dan Mew akhirnya terjumpa semula ketika Tong mencari CD kumpulan August Band dimana Mew merupakan vokalis kumpulan tersebut. Dari situ bermulalah kasih sayang yang tercetus akibat dari masalah dan pengabaian keluarga dari pihak keluarga Tong dan kesepian hidup Mew.

Tong juga tersepit antara kemahuan hidunya dalam menentukan hala tuju diri sendiri, kemahuan teman wanitanya yang sentiasa memaksa dan mahukan perhatian, kewajipan menjaga keluarga yang terganggu akibat sifat kaki minum bapanya dan kehilangan kakaknya, Tang. Kemahuan ibu Tong yang meneyru agar Mew tidak lagi menghubungi Tong menambahkan lagi persoalan di benak fikiran Tong.


So for those who are interested, try watch it first...you will like it...and the song that Mew sang in that film also really good...with touchable lyric, you should hear it too..


" You’ve probably heard hundreds and thousands of love songs
that’s probably impressive
but with a similar meaning altogether, but if you listen to this song,
a song that’s written simply for you.
For you to understand the meaning of it, our hearts will then have a connection."


Wasalam


No comments:

Post a Comment