Saturday, August 28, 2010

Makhluk tuhan yang aku paling sayang


Salam

Test dah habis!!!tapi baru test 1, test 2 akan menyusul selepas mid semester break nanti. Tapi aku malas nak pikir, dah habis test 1 pun dah rasa macam dah habis final...hahahhahaha..

Semalam memang tak buat apa - apa. Lepas ja abis test terus balik tengok cerita korea and then tido..dalam dok pesah laptop aku ni, tiba-tiba lak terjumpa video kat bawah ni..





Video ni aku ambik time aku praktikal kat TNB time cuti semester lepas. Kesian kan kat anak kucing tuh. Anak kucing tuh jalan guna dua tangan depan dia ja, sebab 2 kaki belakang dia tak bley guna. Macam paralyze. Tapi nasib baik la ada sorang pak cik kat TNB ni sayang kat kucing, so dia bawak balik anak kucing ni dengan mak dia and adik beradik dia sekali..


**************************

Tak ramai orang yang suka kucing macam pak cik tuh. And aku tak rasa aku sayang kucing macam mana pak cik tuh sayang kucing. Kalau korang dengar cerita pak cik tuh, korang akan tau bertapa sayangnya dia kat makhluk tuhan yang comel ni.

Aku pun sayang kat kucing, tapi tak da la extreme sangat. Dari aku sekolah rendah, aku memang suka kucing. Tapi aku start bela kucing bila aku pindah mai Perlis. Mula - mula bela sekor, lama - lama jadi sampai 14 ekor. Banyak kan??

Bapak aku tak berapa suka kucing, and dia akan marah kalau aku bagi makan kat kucing2 yang datang kat rumah aku. tapi aku kesian sangat kat kucing yang lapar, so aku bagi gak. Dalam banyak2 kucing yang ada, ada beberapa ekor yang aku sayang.

1st sekali, kucing aku nama dia Boli..hahahha..mak aku yang bagi nama kat dia. Bulu dia kaler itam ngan putih.Kucing ni baik sangat. Tak pernah berak dalam rumah, so satu famili aku sayang kat dia. Tapi dia idop tak lama. Satu hari dia jatuh sakit. Perut dia jadi besar. Kitorang bawak pergi jumpa doktor, buat macam2. Tapi langdung tak berkesan. Samapai la dia langsung tak makan apa-apa.

Time tuh sedih sangat. Kitorang buat macam-macam nak bagi dia makan, tapi dia tetap xnak makan. Mak aku beli botol susu nak bagi dia minum, tapi Boli masih macam tuh. Time boli sakit, dia suka duduk dalam toilet. Tak tau knapa. Kucing kan takut ngan air, tapi boli tak kisah pun kena air. Langsung dia tak lari.

Sampai la satu malam ni, tuhan nak amik nyawa dia. Sedih sangat. Dia mati depan mata. Aku tengok sendiri macam mana tuhan tarik nyawa dia. Bayangkan, kucing yang xda dosa pun, peritnya nak mati, kita manusia ni, apakan lagi. Time tuh, sedih sangat. Ada cecair keluar dari hidung ngan mulut dia.Malam tuh, Boli mati. Abang aku buat kubur untuk Boli and kami tanam. Malam tuh aku menangis. Aku memang sayang Boli sangat2.

********************************

Ada pulak sekor kucing ni, tapi dia bukan kucing aku. Aku tak tau sapa owner dia. Kucing ni pun baik jugak. Kami panggil dia gemuk, sebab dia memang gemuk. Gemuk ni suka datang rumah aku mai makan, tapi dia tak pernah duduk kat rumah aku. selalunya kucing kalau kita dah bagi makan, dia akan stay kat umah, tapi gemuk ni beza gila.

Bila sampai waktu makan, dia akan datang umah aku untuk makan. Dia tak makan friskies, tapi dia suka makan nasik. Gemuk ni bangus, dia akan tunggu suma kucing2 aku makan and then baru dia makan. Baik kan?? disebabkan kucing kitorang banyak, kitorang kena bagi makan dalam talam. And kalao time gemuk datang, xda makanan dalam talam, dia akan tido dalam talam tuh sampai la orang bagi makan.

Bila kami dah pindah, gemuk kami xbawak sebab dia bukan kucing kami. Time tuh pun kucing aku dah tinggal berapa ekor ja. Banyak yang dah mati and ada gak yang lari.

*********************************

Aku memang suka orang yang suka kucing. Penah satu malam ni aku nak kluar pegi makan ngan kawan2 aku. On the way nak sampai kedai makan tuh, kitorang jumpa kucing kena langgar kat jalan raya dekat2 dengan trafiic light.Sedih sungguh time tuh tengok kucing tuh dok menggelupur.

Pada masa yang sama gak, trfaiic light kaler merah, so banyak kereta berhenti. Kemungkinan untuk kucing ni kena langgar sekali lagi agak tinggi. Namun ada sorang hamba Allah ni turun dari kereta dia, and angkat kucing tuh letak kat tepi jalan. Time tuh aku terus terpikir sapa la insan yang baik sangat tuh.

********************************

3 Fakta menarik tentang kucinng

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.
2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.



Wasalam
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Monday, August 23, 2010

Banyak sungguh dugaan hari ini

Salam

Ada dua cerita,satu pasal aku and satu lagi pasal orang yang aku kenal. Tadi balik ja dari kelas, buka facebook and dapat tau senior aku tyme kat sekolah Derma telah pergi mengadap ilahi. walaupun aku xberapa kenal dengan orangnya tapi aku kenal adiknya.so, dikesempatan ini aku nak ucapkan takziah buat farahanim sekeluarga. moga permergian abang beliau di bulan yang baik ini memberi seribu rahmat kepada arwah dan keluarga.

Al-Fatihah


*********************************


Okeh, ari ni memang kesabaran aku agak tercabar..kalau sapa2 ada yang baca status facebook aku maybe dapat tau sebabnya. Macam biasa hari ni aku siap2 nak pergi bazar. tapi before pergi bazar aku singgah jap koop kristal.

Buat yang tak tau, kat kristal tuh, cuma ada satu koop tuh ja. So kalo nak beli barang memang tak da tempat laen. Kecualilah buat sapa2 yang rajin nak menapak. semestinya aku tak melakukan kerja tersebut.

Berbalik pada cerita asal. Aku pun singgah la koop tuh kejap sebab nak beli susu dutch lady. Ni pun aku nak marah. Aku dah beli susu dutch lady tuh time awal ramadhan. And tarikh luput dia lambat lagi, bulan 9. Tapi dah basi..Sungguh sakit hati rasanya. Setengah pun tak luak lagi. And aku letak dalam fridge, but still basi.Ok berbalik pada cerita.

Aku pun pergi la amik susu dutch lady yang kaler biru + full cream. harga dia 5.50 ya puan2 sekalian. disebabkan tak ada duet kecik aku pun sua(hulur) la 50 ringgit.ok, memang besar duet tuh.tapi serius duet paling kecik aku ada pada ketika dan saat itu, 3 ringgit ja.mana cukup nak bayar duet dutch lady tuh.

And bermula la perbualan akak koop yang aku dah jangka akan cakap apa bila aku sua duet 50 ringgit tuh.

"Dik, duet kecik tak da?kami tak da duet kecik.Yang ni ja ada." (sambil menunjukkan beberapa keping duet 50 ringgit

Aku pun tak nak kalah. As a customer, we're always right. tapi itu tak berlaku pada aku hari ini. Aku pun cakap la aku tak da duet kecik. and aku tak menipu. serius tak da duet kecik. so, dengan muka selambanya aku masukkan duet 50 ringgit dalam purse aku, sambil akak tuh menganggap yang aku ada dwet kecik.

Sorry la akak, akak rugi 5.50 hari ni. And aku terus simpan balik susu tu(tak nak la tunjuk kurang ajar sangat kan) and terus keluar dari koop yang selalu tak pernah ada duet kecik. and solutionnya aku beli susu tuh kat sek 2 time nak pergi bazar. and susu tuh cuma 5.20. so, aku untung 30 sen.malangnya akak koop tersebut telah kerugian 5.50 sen.

so, moral of the story : kalau nak berniaga, buat cara nak berniaga. kalo tak nak, dok rumah lipat baju dah la. nak kata aku beli time kedai tuh baru buka, dak (tak) gak..aku beli petang, and dah nak pukul 6.masih tak da duet kecik ka??

Yang penting aku tak rugi apa2.sekian

wasalam




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sunday, August 22, 2010

Iftar 2010


Salam

Iftar?apa tu iftar? Okay before start cita biar la aku cita serba sedikit buat sapa-sapa yang tak tau maksud iftar tuh apa. after google kat tenet so, ini yang aku jumpa..

Iftar: merujuk kepada makan malam ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadhan dan ianya dilakukan tepat selepas masuknya waktu maghrib.

Okay, senang cita kalau nak bagi paham, kiranya macam buka puasa ramai2 la.so sekarang dah paham kan?

***************************

Berbalik pada tajuk entri aku hari ni pasal iftar. Okay, aku sebenarnya baru ja balik dari menghadiri iftar kat KLCC. it's more like a reunion. sebabnya yang join semua ex classmate aku tyme sekolah rendah.Yup!!tyme sekolah rendah, sejak dari darjah satu.

menurut rancangan aku nak bertolak ke KLCC dalam pukul 5 macam tuh, tapi telajak sampai la kul 5.30 ptg. sampai ja kat stesen padang jawa, beli2 tiket, kena tunggu tren lebih dari setengah jam..memang tak larat. dalam pukul 6 lebih baru la tren sampai.

aku pun apa lagi naik la tren. and of course aku pilih coach wanita. agak mengecewakan bila tengok ramai gila orang dalam coach tuh ditambah pulak dengan mamat2 yang tak reti baca atau buta agaknya, tak tau yang coach diorang naik tuh khas untuk wanita.

disebabkan tak ada tempat duduk terpaksa la aku berdiri. aku tak kisah pun berdiri sebenarnya, tapi yang aku kisah bila tengok ada laki yang tak tau malu naek coach wanita, and dengan senang lenangnya boleh duduk,sedangkan perempuan kena berdiri. sungguh tak gentelmannya kamu wahai lelaki2 yang naek coach wanita.

tak pa la, tren tu pun meneruskan perjalanannya. tiba kat satu stesen, sorang mamat ni naek la tren. paras rupanya boleh tahan,berkemeja dan memakai hat..and tak lupa sunglasses(aku tak paham knapa nak pakai sunglasses dalam tren)..tapi sayangya, mamat tersebut telah membuat pilihan yang salah dengan menaiki coach wanita. sungguh tak gentleman kamu.

tren pun meneruskan perjalanan.masa yang diambil agak lama.dalam pukul 7.05 baru la aku sampai di kl central. lepas tuh tukar pulak naek lrt nak ke KLCC.and finally sampai gak kat tempat yang nak dituju "Manhattan Fish Market"

tuh first time pergi makan kat situ. sebelum ni jangan harap la kalau nak makan kat situ.kalau pergi klcc pun cari tempat2 standard ja untuk makan macam KFC or Mc Donalds. buka2 menu, pikir, "nak makan apa ni? dah la tak pernah datang kat sini". selepas bertanya pendapat kawan2 akhirnya aku memberi keputusan untuk ambik set makan untuk dua orang (aku pergi dengan kembar aku).

sampai ja makanan, aku ngan kembar aku terkejut. "biar betol!" napa agaknya?? hahahhaa...kalau korang nak tau, makanan yang kami pesan yang dikatakan untuk dua orang makan tuh, sebenarnya buley makan untuk 4 orang. can u imagine??serius!!!banyak gila..ada macam2. nasi, sotong, udang, ikan, fries and oyster.

seriously memang kenyang and rasa agak berbaloi walaupun duit aku terbang 30 higgit lebih. after maghrib kitorang decide untuk pergi tangkap gambar kat park.even yang datang xramai, we had a lot of fun.

berapa orang yang datang itu bukan la ukuran sebenarnya. yang paling best bila kita bertukar2 cerita, and ingat balik cerita time budak2. susah nak gambarkan how fun it can be. memori itu la yang amat berharga sebenarnya.

iftar ni dah kali kedua sebenarnya.before this it's only a reunion. and rasa sedih pulak bila dapat tau Naim(he's the mastermind of this iftar and all the reunion) akan berangkat ke UK after this Eid. I hope this will not be the last iftar, because it gives us a lot of fun.

After taking some pictures we decided to go back. and aku ngan kembar pulang awal sebab nanti gate tutup, dah kena panjat pagar..hehehhe.

And i wish there will be more iftar after this.

Wasalam






Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Friday, August 20, 2010

Test

Salam

Masuk hari ni dah 10 hari kita berpuasa.Macam tak percaya ja yang dah 10 hari bulan ramadhan berlalu.Cepat sungguh rasanya..and rasa sedih sangat bila pikir puasa dah nak abis dah.

So, buat masa ni aku memang tak ada masa nak update blog.serius busy..test berderet2. this morning baru ja lepas satu test, which is MGT. And tomorrow there will be another test. and two more test waiting for me next week. not forgotten the fyp proposal that must be submitted by next week.

i just hope for the best for all my test. and i hope this ramadhan give me more strength to study since this is my final year. and hope i can meet Eid without worrying of the test and the proposal. But for sure i'll miss Ramadhan damn much!

see you in next entry.

Wasalam
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Thursday, August 12, 2010

Alhamdulillah




Salam

Before i start writing, i think it's not too late for me to wish all Muslims, 'selamat menyambut ramadhan al mubarak'. Marilah kita sama-sama berlumba-lumba mendapat keredhaanNya. Insyaallah.

So, today i went to bazar ramadhan with my twin. After bought some foods we decided to go back. On the way back were almost had an accident. But alhamdulillah we were not. It quite shocked. Luckily nothing happen. And we went home safely.

So, let us use this month of ramadhan, to increase our worship to the God, cause we'll never know either we will meet for ramadhan next year. So, use this ramadhan wisely.

Selamat bertarawih and selamat bersahur.

Wasalam



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Friday, August 6, 2010

Weekend here i come!




Salam

Today is Friday
Tomorrow is Saturday

Objective for today:
finish all the homework and all assignments

Reasons:
i want a great holiday for tomorrow and day after tomorrow

Now:
still finishing my homeworks and they're many more waiting. don't know either can finished it today.but i will.insyaallah..i really want to enjoy this weekend before Monday coming.

Alternative:
of course stay up and for sure a cup of nescafe.hope it work.

Tomorrow:
something waiting for me tomorrow.can't wait for it.so i've to finished all this as soon as possible.








Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Monday, August 2, 2010

Convocation Ceremony at MMU Cyberjaya

Salam.

Lama dah tak update blog. sebab tak da benda nak tulis sebenarnya. and lately i'm quite busy, so malas nak upadate.

Tapi minggu lepas, aku dgn kembar and also my cousin pergi Cyberjaya. Best! My cousin's convocation.Gila best, dah convo and the best part dah ada kerja.

So, Afiq(kembar) memang excited tangkap gambar. And then kitorang pergi jalan-jalan kat putrajaya.banyak gambar.cuma tak dapat lagi.Nanti kalau dah dapat aku upload.

So, maybe banyak ni ja la aku update buat masa ni. Insyaallah, aku akan update lagi..huhuhuhu..


wasalam.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us